Friday 20 March 2015

Para Pelakon drama Warkah Cinta


ANTARA PELAKON UTAMA & PELAKON SAMPINGAN


1. IM NAZRUL IZWAN sbg AMIR MUKHLIS
                                                                               

                        2. HELIZA HELMI sbg WARDAH



3. AAMYRA ROSLI sbg BALQIS


4. AIDIL ALIAS sbg ABDUL RAHIM



5. RIAZ SOPIAN sbg ZAKI


6. MARDIANA ALWI Sbg TASNIM


7. SHAHRIZAN SALLEH sbg SHAMSUL


8. CHE KEM sbg LATIF 


9. HAFIZEE HATTA sbg IZZUDDIN


10. FATHANAH AMIRAH sbg ATIFAH



11. USTAZ MOHD HUEFIROS EFIZI sbg ROZMI


DAN BEBERAPA LAGI PELAKON TAMBAHAN DALAM DRAMA WARKAH CINTA...

Monday 10 November 2014

OST WARKAH CINTA - UNIC ft Imam Muda Nazrul


Lagu Warkah Cinta Berbau Syurga adalah lagu tema untuk drama Warkah Cinta yang di adaptasi dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga karya oleh A. Ubaidillah Alias. Lagu ini juga lirik oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias, Lagu oleh Bazli UNIC, Penerbit oleh Bazli UNIC, Studio Rakaman oleh UNIC STUDIO & Terbitan oleh AL-KAHFI PICTURES SDN. BHD. 

Monday 3 November 2014

Sinopsis novel WARKAH CINTA BERBAU SYURGA - A. UBAIDILLAH ALIAS


       AMIR MUKHLIS seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila WARDAH mengharapkan sebuah keputusan. Lalu BALQIS muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?


                                                           *******************

Sunday 2 November 2014

NOVEL WARKAH CINTA BERBAU SYURGA karya A. UBAIDILLAH ALIAS


Novel Islamik iaitu novel Warkah Cinta Berbau Syurga sebuah karya A. Ubaidillah Alias. Novel ini adalah menceritakan kisah cinta antara remaja sekolah asrama penuh yang membincangkan mengenai soal aurat, akhlak, dan maruah serta menjaga pandangan apabila bertemu dengan lelaki yang bukan mahram ( andai diri adalah perempuan) dan menjaga pandangan apabila bertemu dengan perempuan bukan mahram ( andai diri itu adalah lelaki) . Novel ini juga lain daripada novel-novel yang sedia ada di pasaran. Kerana novel ini lebih mementingkan soal aurat, akhlak serta hukum-hakam Islam. Selain itu, serba sedikit jalan cerita yang ku tonton di youtube, cerita ini mengisahkan seorang lelaki iaitu Shamsul yang tergila-gilakan seorang pelajar perempuan yang bersekolah di asrama penuh iaitu Wardah lakonan Heliza Helmi kerana Shamsul tertarik dengan keayuan Wardah. Tetapi, Wardah menolak Shamsul sekeras-kerasnya dengan mengatakan jangan ganggu hidupnya lagi. Sampailah suatu hari apabila dia membaca puisi yang sangat romantis, ayatnya mendalam oleh seorang pelajar dari sekolah Maahad Tahfiz iaitu Amir Mukhlis lakonan Imam Muda Nazrul. Sampai suatu hari, Amir Mukhlis, Rahim dan Zaki lakonan Riaz Sopian mengikut Ustaz mereka untuk meminjam majalah sekolah yang lama di sekolah di mana tempat Wardah belajar. Apabila sampainya mereka bertiga sampai di sekolah perempuan, Wardah dan Tasnim lakonan Mardiana Alwi terkejut dengan kehadiran Amir Mukhlis. Tasnim seperti tidak percaya akan kawan rapatnya Wardah mula minat pada Amir Mukhlis. Ketika Ustaz dan Ustazah mereka sedang membincangkan mengenai kerja yang ingin di lakukan, Wardah dengan senyumannya melihat Amir Mukhlis yang ada di depan matanya. Di samping itu, Zaki pula mula terpikat dengan Wardah. Selepas selesai perbincangan antara Ustaz dan Ustazah mereka, Zaki  mula meminta pertolongan kepada Amir untuk menulis satu surat dengan ayat yang puitis kepada Wardah. Walaupun di tentang oleh Rahim, tetapi Amir tetap ingin membantu kawannya.  Wardah mula terpikat dengan  Amir Mukhlis dan meminta tolong kepada sepupunya iaitu Rahim lakonan Aidil Alias. Pada suatu hari, apabila Wardah menghantar suratnya buat Amir Mukhlis kepada Rahim, Amir membacanya dan hatinya bercampur sedikit terganggu kerana tidak tahu macam mana ingin sampaikan kepada Wardah yang dia tidak ingin bercinta di waktu sekolah. Apabila Zaki mendapat tahu yang Wardah menghantar surat kepada Amir Mukhlis, Zaki mula cemburu dan terdetiklah sifat dendam dalam diri Zaki terhadap Amir, kawan baiknya. Beberapa hari berikutnya, Wardah pulang ke rumahnya kerana cuti sekolah selama seminggu. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, terserempak pulak dengan Shamsul. Shamsul mula mengambil kesempatan dengan mengajak Wardah pulang ke rumah Wardah dengan menaiki kereta Shamsul. Dengan segera Wardah menolak tawaran Shamsul. Hari berikutnya, Wardah meminta Rahim datang ke rumahnya untuk mengenal pasti surat yang di tulis dari Zaki buatnya. Selepas mengenal pasti siapakah sebenarnya yang menggunakan ayat puitis, Wardah berasa gembira kerana Amir Mukhlis yang menulis ayat puitis tersebut dan bukan Zaki.

Panjang lagi jalan ceritanya.. Kalau nak tahu, boleh lah tengok di youtube. hihi.. Drama Warkah Cinta yang di adaptasi dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga dapat memuhasabah diri. Apa yang berlaku dalam kehidupan kita, jadikan iktibar dan apa yang baik, kita jadikan ia sebagai tauladan. Yang baik itu datang dari Allah, yang kurang baik itu datang dari saya sendiri. Salah silap, mohon di ampun.. Assalamualaikum.. :)